Dulu aku paling benci dan takut kena inject. waktu aku baby dulu, aku memang tak boleh recall la the pain of injections.nasib baik la kan,tak sanggup kot nak ingat balik kesakitan di waktu itu.Pastu aku membesar tanpa di inject apa apa (alhamdulillah la sihat kan). Pastu tetiba time darjah empat, aku demam. Went to this clinic, the male doctor cakap nak kena inject kat bontot.what the heck? ape kene mengene demam then kena inject kat bontot kan? time tu aku naive, aku akur je.time dia masukkan je jarum tu, aku terus menjerit kesakitan dan bertindak spontan cuba mengelak.apo laie, bercalar la bontot ku dengan jarum ittew.berdarah.makin kuat aku nanges. Pastu doktor tu surrender, cakap suh makan ubat jela. See? How much hatred I've had towards the injection. Lepas kes tu,memang makin fobia dan trauma la aku. Selepas itu,aku sentiasa berdoa supaya dijauhi sebarang penyakit yang boleh sampai kena inject. Akupun hidup aman damai tanpa sebarang cucukan jarum ke dalam isi empukku ini. Sehingga lah aku berkahwin...
Selepas berkahwin, bila dapat good news about my pregnancy, aku bersyukur sangat.
Lepas tu, macam biasalah kena start buat pregnancy checkup every month.
ok.checkup je pun kan.
ok.
First checkup.
Nurse: Ok puan.Lepas ni pergi buat urine test. Then pergi inject ye puan.
Me: Inject? kat mane?
Nurse: Kat Lengan. Every time datang checkup memang kena inject ye puan.
Me: Be..ber..berapa ka..kali?
Nurse: Sekali je puan.
Me: (Pening+susah hati+takut)
Second checkup
Nurse: Hari ni kite buat MGTT ye puan.
Me: (What the hell is dat?) Errr apa tu yer
Nurse: Ujian kencing manis. Semua orang pun memang kena buat ujian ni. Kena buat dua injections hari ni ye puan. Then minum air gula.
Me: (Pengsan)
Checkup untuk kali yang ke berapa tah.
Nurse: Hari ni dua kali inject kan puan.Bak lengan kiri dulu.Nanti injection kedua lepas minum air gula,saya inject lengan yang sebelah kanan ok.
Me: (Redha.)
Selepas minum air gula, aku kebilik nurse tu untuk injection kedua.
Nurse: ok,bagi lengan kanan pulak.
Me: (Muka berkerut.tengah tahan sakit.darah dah disedut kedalam sebiji botol kecil)
Nurse: Alamak puan.saya terlupa nak amik lagi untuk sebotol.Sorry ye puan,terpaksa saya inject lagi sebelah.
Me: Aaaaaaaa?
Nurse: Ok.Setel.Sorry yer puan.Kesian puan, dah tiga lubang saya cucuk untuk hari ni.
Me: (Senyum pahit)
Nurse: Nanti puan jumpa doktor terus ye
Then,aku pergi la jumpa doktor untuk personal checkup.
Doktor: Ok.Semua ok.baby sihat.Ibu sihat.Lepas ni pergi inject yer.
Me: Eh dah inject dah doktor. Dah 3 kali saya inject untuk hari ni saje
Doktor: Tak puan.Lepas ni inject untuk kancing gigi pulak.
Me: Kat mane pulak ni.Semua dah berlubang ni doktor.
Doktor: Takpe,kali ni kat tempat lain lak.kat tempat BCG.
Me: Uwaaaaa!
So,end up aku kene inject 4 kali untuk satu hari tu jer.GOSH, sakit weh yang injection last tu. 3 hari aku lenguh+sakit+pedih pedih.Nak drive pun kebas kebas tangan.Aku dah rase macam drug addict dah,asik main dengan jarum je.
Seriously, tak pernah expect akan kerap kene inject time pregnant.
Tapi aku serious kagum dengan semua ibu ibu dan bakal ibu especially our moms. Dahlah kena tegar gila mengandung 9 bulan, at the same time asek kena inject je every month (kalau kandungan dah masuk bulan ke-7, lagi kerap kene inject, every two weeks).Then,menahan sakit nak beranak lagi.Memang tough la jadi ibu ni.
Baru aku tahu.Tu belum beranak lagi tu.
Baby dah makin kuat menendang perut ni. Kemain suka mr.H duk menatap perutku tatkala ianya vibrate ditendang baby dari dalam. Sekarang pun dia tengah tendang :)
Lagi dua bulan kot due. InsyaAllah. Doakan aku selamat beranak ok.
angah,ko ketu???? yang mengeluarkan ayat bernada keibuan?? semoga anak ko mampu mnjadi manusia sebenar walaupun dibesarkan oleh ibu yg agak mutasi
ReplyDelete