Tuesday, October 18, 2011

Apa salah saya 56?


Baiklah. (ish memang rasa hebat sangat bila bermuka-mukadimah dengan perkataan baiklah)
Ingin saya kongsi di sini perasaan saya yang gundah gulana dan tidak menentu ini. (kejap kejap saya, kejap kejap aku, kejap kejap i. Haih! kejang dibuatnye)

Ok.tak perlu kot semua ayat nak kena ada yang dalam kurungan tu kan.

Saya mempunyai seorang emak yang tidak berpuas hati dengan cara saya berpakaian apabila berada di rumah. Adakah saya berkemban? Tidak. Adakah saya memakai pakaian ayah saya? Tidak. Adakah saya meminjam pakaian si Babu yang menjual roti pada waktu petang itu? Tidak. Adakah saya memakai baju emak saya? Mestila tidak kerana beliau lebih petite daripada saya (million thanks to daddy’s genetic).

Saya pun tak faham apa yang membuatkan beliau begitu anti dengan cara penampilan saya di rumah? Tatkala saya turun ke ruang tamu tetapi end up bertamu di dapur (mestila nak makan), ada ada saja yang dileterkan oleh beliau. Kadang kadang beliau tergelak tengok saya.

Pada malam yang tragis itu, cousin saya datang lepak di rumah saya (tiap tiap malam kot), saya pun turun ke bawah. Sambil gelak besar, dia tegur saya

Cousin: Wey ko biar benar. Koyak sana sini. Besar lak tu.tak cukup dengan t-shirt, suar  tidur pun koyak rabak. Semua nampak! wahahahaha
Saya: heh. selesa la baju ni. takpela masuk angin.
Cousin: wahahha. baju lain takde ke?
Saya: Ada. tapi dah tak banyak yang koyak.
(Sambil tu ade backup singer (emak) duk berleter macam biasa)

Saya pun terus naik ke bilik untuk tidur. Semasa menaiki tangga saya terdengar perbualan beliau dan adik saya,

Emak: takpe takpe.malam dia nikah nanti, mak nak kumpul semua baju koyak dia, nak buang.

Saya terpempan.

Apa salah saya 56 wey?

Friday, October 7, 2011

freestyler



Baiklah. At first, aku relax relax  je. Si dia (si dia? Cerpen sangat!) dah tanye macam macam. itu dah siap?ini dah siap? Design baju dengan bridal dah confirm? Aku cakap don’t worry ok. Nanti I buat. (sedangkan?)

Lish pun pernah sound aku, beza giler time kak yong die nak kahwin tiap tiap hari gi ulang alik kedai barang barang kahwin. Die tengok aku lek lek je.

Last weekend, jalan jalan dengan sarah (walkathon)
Ade carnival pengantin kat mall tu.
Ade sorang jejaka ni bagi brochure wedding photographer. Sambil tu die panjang lebarla promote service die. itu ini begitu begini bagai.
Aku takdela nak amik port sangat sebab lambat lagi kot.

Jejaka itu: so,miss bile majlis?
Miss yang dimaksudkan itu: lambat lagi.
Jejaka itu: bilenye? (mula hilang sabar nak menerkam rakan miss iaitu si sarah)
Miss yang dimaksudkan: lagi 2-3 bulan.Lek lu.
Jejaka itu: What?! Kalau miss nak tau, kat sini orang yg booking sume mostly bulan 6 thn depan.hujung tahun depan pun dah booked.Tak lama je lagi tu Miss.
Miss yang dimaksudkan: Oh eh? (dah start gelabah sambil cuba mengenen ngenenkan nenen jejaka itu kepada sarah)

So,aku kena singkirkan sikap dan style aku yang terlampau free. Jangan freestyler lagi. Cuba untuk menjadi busystyler.(kampung nya! Tapi nak cakap jugak)

Sebagai permulaan, weekend ni nak kena pergi push the bridal supaya lebih pro-active. Lish nasihat, janganlah push die sampai jatuh.nanti cedera, camne nak jahit baju. Bongok kan?