Monday, February 18, 2013

entwi lepas gewam

entri ni patutnye mendahului entri :D yang kat bawah ni.sebab kalau ikut rentetan cite, kisah ini yang berlaku terlebih dahulu. ini kisah panas hati seorang ibu mengandung yang tidak mudah rebah atau tunduk kepada doktor jahat!

Hari sebelum aku gi buat pink book tu, aku dengan hasben bawak mak aku gi HOSPITAL SUNGAI BULOH. saje nak font besar supaya hospital itu memboikot doktor yang kejam ittew.
Cerita dia macam ni, mak aku ade masalah sakit kaki yang dihidapi beliau bertahun tahun lamanya. Serious dah macam macam cara bawak gi berubat tapi tak jalan gak. Tinggal x-ray kaki je belum lagi, so we have decided to bring her to the hospital instead of clinic sebab free kan. (sanggup)
Kitorang balik je keje dengan x makan lagi, terus fetch mak then straight to the hospital.
Queue memang la lama, penat lagi tapi demi mak, kami sanggup. apalah sangat masa dan tenaga aku ni kalau nak dibandingkan dengan susah payah beliau mengandungkan aku yang berat ini selama 9 bulan lamanya. Dah tu lepas je dilahirkan, aku terus melekat menyusu badan mak aku sampai tanak lepas ( tak penah minum susu tin) last last terpakse stop susu badan die sebab turn adik aku lak datang. sibuk je la. lepas dah tak dapat susu badan, terus convert to MCD.heh
so berbalik kepada kisah asal, kami pun dapatla jumpa doktor pempuan yang sihat itu. (yela, takanla doktor yang sakit kan)
Doktor tu tengok tengok belek belek kaki mak aku. Dia buat assumptions yang berbunyi;

Doc : Saya rasa mungkin kaki makcik ni bermasalah sebab penuaan. ataupun sebab berat badan. ataupun sebab pelincir di bahagian lutut dah kurang disebabkan faktor umur. atau bla bla bla...
So, papepun, saya bagi makcik pergi buat x-ray dulu ye.Lepas tu baru kite dapat tahu what is the real problem here.

Kamipun berlalu untuk pergi x-ray sebab lepas keluar result kena jumpe balik doktor tu untuk consultation. Hasben aku cakap doktor tu kerek sebab cakap tak pandang patient plus berlagak sana sini. Aku perasan je tapi for me its not a big issue here sebab normal la perangai staff hospital kerajaan ni. Sombong tak kena tempat. Even orang kat kaunter ubat tu pun nak berlagak. tak paham kan? aku ni lawyer, tapi relaks je. (haha taktaula kenapa nak kenceng profession)

Lepas berejam rejam dah x-ray bagai, nombor giliran kami pun tiba untuk berjumpa doktor yang sama.
Kami masuk dengan berhemah.

Doc : Result x-ray makcik takdepape yang major, tapi memang ade masalah fisioterapi. Then @#$!%^&*()+#$$$^^^^*(())&&^%%$$ (itu bukan mencarut.itu sume term medical yang sememangnya kami tak paham. aku dengan hasben ade paham la sikit sikit. tapi mak aku?mestila tak kan.aku kesian gile tengok muka mak aku yang pandang terkebil kebil ke arah aku. nampak jelas di wajah nya yang beliau memerlukan explanation yang mudah difahami. akupun pelik doktor ni dah kenapa. aku jumpe doktor lain kat luar tu, ok je bagi explanation secara normal untuk kite kite yang x blajar medic ni paham.yang doktor ni kenapa nak ber grey anatomy sangat kan? melayu kot.Sebenarnye doktor tu tak explain panjang pun. pendek je dia explain tapi sume dia pakai term dia la.
Last last akupun bersuara setelah kesian tengok mak aku yang terpinga pinga.

aku : Doktor, so problem kaki mak saya ni sebenarnya masalah urat atau tulang? (simple je kan kalau nak jawab.urat atau tulang. either or.mak aku pun senang nak paham)
Doktor tu tengah berdiri membelakangi kitorang time tuh.tengah cari fail ape tah.Dengan badan yang x berpusing, tapi hanya kepala dia je toleh sikit sambil menjeling aku berkata;
Doktor : Eh, awak x dengar ke saya kata apa tadi? Awak tak dengar ke?
(Kami terdiam. boleh tahan tinggi dan kerek bunyi suaranye. aku tengok hasben macam tersentak sikit. mak aku pun. jantung aku lak dup dap) Then doktor tu toleh kat mak aku.
Doktor : Makcik paham ke tak ape yang saya cakap tadi? makcik tak paham ke? Kan tadi sebelum x-ray tadi saya dah explain pasal cecair kurang kat lutut tuh.
(Kami semua terdiam. Dada aku berombak menahan marah. Boleh pulak dia sound kitorang balik? Siap cakap mak aku tak paham apa dia cakap) Aku mula bersuara;
Aku : (Dengan suara yang jelas dan berjarak jarak aku pronounce ayat) Masalahnye skang saye tanye keputusan selepas x-ray. Bukan assumptions awak yang sebelum x-ray.
(Hasben aku tersentap sikit. maybe dia x sangka aku nak sound balik. doktor pun doktor ah.pedulik ape aku kan. Mak aku tengok je.Doktor tu pun macam tak expect aku nak jawab balik)
Doktor : Ha, yela, sama la tu (Suaranya mengecil.sayup sayup je)
Aku : Lain kali, jangan cakap saya x dengar. Sebab saya dengar. Be polite sikit eh.
(Doktor tu angguk je.Tapi tak say sorry langsung ar)

Lepas tu,aku memang tak bersuara langsung. ketat je muka. Doktor tu terus macam explain beria dengan mak aku. Tapi not looking at my face at all. Lepas je kuar, hasben aku cakap memang doktor tu kurang ajar, ikutkan dia, dia nak je terbalikkan meja tu tapi sebab doktor tu pempuan je, tanak nampak dayus. Plus, mak ade kat situ.so kena behave la sikit kan.

Lessons yang aku harap doktor tu dapat :
-Jangan menindas orang yang selama ni dia layan buruk (memang silap ar dia jumpe aku malam tuh)
-Jangan ingat pangkat doktor tu besar sangat.
-Jangan ingat dia sorang je penat nak melayan patients (sebab kami yang menunggu ni pun penat)
-Respect others
-Be polite

Sempat jugak la hasben aku sakat
"Lepas ni I nak upload phrase U kat youtube 'be polite','be polite','be polite'..nak gantikan listen,listen,listen"

huh!






Friday, February 15, 2013

:D

Tajuk entri kali ni memang saiko.
Tapi lish lagi la saiko wey.
Semalam kite gi buat pink book.(tetibe kite)
Kite ingatkan pink book tu fancy and adorable. Instead it looks like a pink report card.
Macam pakai kad manila je utk cover. Pink book la sgt.
Kite nyer peyut rupenye dah dekat 4 bulan..cepat kan masa berkalu.eh berlalu.(sanggup tak delete sebab malas nak backspace dan gerakkan mouse)
Aritu jumpe lish, die tegur 'eh x nampak sgt pun perut tu'
Kite akui,mmg dalam diam kite macam gusar kenapa perut ni x mengeras dan x berapa membelon.Memangla baru 3 bulan lebih tapi ade je orang yang dah nampak belonnye. Kite kengkadang saspek dalam perut kite macam ade ke xde ni kan?Sampai macam tu sekali la..
Ataupun kite konpius dengan lemak kite? So,lepas kena tegur dengan lish,kite mula bertambah risau.Tapi kite diam diam je x cakap pape kat hasben kite.
Pastu semalam tibalah hari yang mendebarkan sebab nak gi buat pink book and at the same time boleh scan baby.
Alhamdulillah Syukur kepada Allah S.W.T dapat jugak kite tengok jantung,kepala,tangan dan kaki baby kite.
Hasben kite yang kat belakang doktor tu dah tersengih sengih dah suka punya pasal. Kite lak tak sedar yang air mata kite genang genang.huehuehue
Dulu kite memang tak paham knape mak kalo scan baby tgk baby dalam perut nak touchy touchy feeling feeling  gitu. Hah,skang rasakan!

Kite: Doktor, jantina dah boleh tau ke?
Doktor: Aiyo.Awal lagi maaa...Bulum tau lagi meh
Kite: Hikhikhik
Doktor: Haa..Look at the two legs with the big bones!
Kite: (Muka berubah.Kite taula kite spesies bertulang besar kan)

Apapun, kite sangat bersyukur baby kite sihat kat dalam tu. InsyaAllah.