Tuesday, October 18, 2011

Apa salah saya 56?


Baiklah. (ish memang rasa hebat sangat bila bermuka-mukadimah dengan perkataan baiklah)
Ingin saya kongsi di sini perasaan saya yang gundah gulana dan tidak menentu ini. (kejap kejap saya, kejap kejap aku, kejap kejap i. Haih! kejang dibuatnye)

Ok.tak perlu kot semua ayat nak kena ada yang dalam kurungan tu kan.

Saya mempunyai seorang emak yang tidak berpuas hati dengan cara saya berpakaian apabila berada di rumah. Adakah saya berkemban? Tidak. Adakah saya memakai pakaian ayah saya? Tidak. Adakah saya meminjam pakaian si Babu yang menjual roti pada waktu petang itu? Tidak. Adakah saya memakai baju emak saya? Mestila tidak kerana beliau lebih petite daripada saya (million thanks to daddy’s genetic).

Saya pun tak faham apa yang membuatkan beliau begitu anti dengan cara penampilan saya di rumah? Tatkala saya turun ke ruang tamu tetapi end up bertamu di dapur (mestila nak makan), ada ada saja yang dileterkan oleh beliau. Kadang kadang beliau tergelak tengok saya.

Pada malam yang tragis itu, cousin saya datang lepak di rumah saya (tiap tiap malam kot), saya pun turun ke bawah. Sambil gelak besar, dia tegur saya

Cousin: Wey ko biar benar. Koyak sana sini. Besar lak tu.tak cukup dengan t-shirt, suar  tidur pun koyak rabak. Semua nampak! wahahahaha
Saya: heh. selesa la baju ni. takpela masuk angin.
Cousin: wahahha. baju lain takde ke?
Saya: Ada. tapi dah tak banyak yang koyak.
(Sambil tu ade backup singer (emak) duk berleter macam biasa)

Saya pun terus naik ke bilik untuk tidur. Semasa menaiki tangga saya terdengar perbualan beliau dan adik saya,

Emak: takpe takpe.malam dia nikah nanti, mak nak kumpul semua baju koyak dia, nak buang.

Saya terpempan.

Apa salah saya 56 wey?

No comments:

Post a Comment